Thursday, May 07, 2009

Brun-ed!

You'll never believe this- This car was once parked in my house and few years later- Rest in Eternal Peace.

Tiga nyaris maut kenderaan terbakar

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my


PERODUA Kembara yang hangus terbakar di Pasir Tumboh, Kota Bharu, semalam.

Kakitangan wanita Kias sempat lompat keluar

KOTA BHARU: Tiga kakitangan wanita, termasuk dua pensyarah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) nyaris maut apabila enjin kenderaan yang dinaiki mereka, tiba-tiba meletup sebelum terbakar dekat Pasir Tumboh, di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar, Pasir Tumboh itu, pemandu kereta Perodua Kembara yang juga Pegawai Eksekutif Kias, Norizan Ismail, 44, bersama dua pensyarah Kias, Zaizura Zahari, 35, dan Siti Zaleha Mohd Daud, 35, bernasib baik kerana tersedar bunyi letupan di bahagian enjin itu.

Norizan berkata, ketika kejadian, mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke Kampus Kias di Nilam Puri, selepas menziarahi seorang rakan setugas yang baru bersalin dan tinggal di Pasir Tumboh. 

"Ketika sampai di lokasi dalam perjalanan pulang dan berada di lorong kanan laluan itu, tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan kecil di bahagian hadapan enjin kereta sebelum asap tebal menyelubungi bonet depan. 

"Menyedari keadaan bahaya, saya segera menghalakan kenderaan saya ke kiri dan mematikan enjin sebelum kami bertiga pantas membuka pintu masing-masing dan terjun lari menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Norizan berkata, sebaik terselamat, mereka meminta bantuan orang ramai melihat kerosakan pada kenderaannya tetapi sukar berbuat demikian kerana api marak dengan pantas. 

Katanya, dua rakannya membantu menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum sebuah jentera tiba di lokasi itu tetapi kenderaannya sudah musnah sepenuhnya. 

"Ketika sepasukan anggota bomba di sini kira-kira jam 1.10 tengah hari, kenderaan saya sudah musnah sepenuhnya. Cuma yang tidak terjejas akibat api kebakaran itu hanyalah senaskhah al-Quran milik anak saya yang diletakkan di bahagian belakang kereta sejak malam kelmarin yang langsung tidak terjejas. 

"Selama ini, saya sentiasa menyimpan surah Yasin dalam kereta, sementara al-Quran itu baru diletakkan malam kelmarin kerana hendak digunakan anak saya yang perlu mengikuti kelas Fardhu Ain hari ini.

"Saya terkejut melihat lembaran al-Quran yang disimpan itu tidak terjejas, sedangkan seluruh kenderaan saya musnah dalam kejadian ini. Inilah kebesaran dan kekuasan Ilahi," katanya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home